Thursday, July 9, 2009

Bulan ICT Daerah LMS 2009



1.0 Pengenalan
Dalam dunia digital sekarang ICT memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan modal insan kelas pertama. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Pembangunan modal insan merupakan teras kedua di bawah PIPP yang akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.
Bulan IT Daerah Larut Matang dan Selama akan di adakan selama sebulan bermula pada 15 Jun hingga 3 Julai 2009. Ini selaras dengan matlamat untuk mencapai kecemerlangan melalui pemajuan dan penyebaran ilmu.

2.0 Objektif

§ Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penyebaran ilmu ICT di kalangan warga sekolah
§ Memberi pendedahan kepada teknologi ICT terkini dan perisian sumber terbuka
§ Memantapkan penggunaan ICT dengan lebih berkesan
Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai penggunaan ICT di sekolah-sekolah



3.0 Tema

ICT Ke Arah Pendidikan Holistik


4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah Guru,pelajar dan masyarakat setempat Larut Matang dan Selama serta wakil daripada pelbagai organisasi jemputan.

No comments: